suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Barisan Exco Negeri Sembilan baharu angkat sumpah esok

Istiadat mengangkat sumpah tersebut dijadual berlangsung di Istana Besar Seri Menanti, pada Jumaat. -Foto The Star

BARISAN baharu Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan dijadual mengangkat sumpah jawatan pada Jumaat bagi memastikan pentadbiran kerajaan negeri berjalan lancar.

Pelantikan baharu itu menyusul selepas Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, mengambil keputusan menggugurkan kesemua 10 anggota Exco terdahulu pada 20 September lalu.

Istiadat mengangkat sumpah dijadual berlangsung di hadapan Yang di-Pertuan Besar di Istana Besar Seri Menanti dengan kehadiran Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim.

Menurut sumber, hanya enam anggota Exco dijangka dilantik kali ini berbanding 10 sebelum ini.

"Jadi termasuk Menteri Besar, jumlah keseluruhannya tujuh orang," kata sumber itu.

Antara nama yang disebut-sebut bakal menganggotai barisan Exco baharu adalah wakil rakyat UMNO, S. Leza Md Yasin (Pilah), Mohamad Qayyum Abd Jalil (Senaling), Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir (Jeram Padang) dan Muhammad Sufian Maradzi (Seri Menanti).

Turut disebut adalah Koh Kim Swee (Repah) daripada MCA, Ridzuan Ahmad (Gemas) mewakili Wawasan serta Abdul Fatah Zakaria (Bagan Pinang) daripada PAS. -The Star

Artikel Lain