suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ustazah Asni Mansor fail cerai selepas setahun berumah tangga, suami pula mahu pertahan perkahwinan

Ustazah Asni berkongsi berita perkahwinannya dengan Mounir menerusi satu hantaran di Instagram pada Oktober tahun lalu.

PENDAKWAH bebas, Ustazah Asni Abu Mansor dilaporkan memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Mounir Abdul-Karim Kaddoura.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan Tetuan Haiza Hazura & Associates pada Khamis, peguam mewakili Mounir, Nor Hazura Hamzah memaklumkan permohonan cerai berkenaan difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat.

Bagaimanapun, peguam berkenaan memohon agar prosiding kes tuntutan perceraian itu digantung susulan permohonan semakan kehakiman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 19 Oktober 2026.

"Permohonan penggantungan prosiding ini telah diluluskan sementara menanti permohonan semakan diputuskan di Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam," menurutnya.

Susulan itu, kes tuntutan perceraian berkenaan ditangguhkan dan ditetapkan untuk sebutan semula pada 10 Februari 2027.

ARTIKEL BERKAITAN: Ustazah Asni Mansor temui cinta baharu, kini isteri kepada lelaki Palestin-Amerika

Dalam pada itu, Nor Hazura memaklumkan anak guamnya komited untuk mempertahankan ikatan perkahwinan bersama isterinya.

"Encik Mounir komited untuk mempertahankan ikatan perkahwinan bersama isteri dan telah mengarahkan isteri untuk tinggal dan menjalani kehidupan berumah tangga bersamanya.

"Encik Mounir juga berpendirian untuk mempertahankan haknya untuk didengar dan mendapat perbicaraan yang adil di Mahkamah mengikut proses undang-undang yang dipenuhi mengikut tatacara yang telah diperuntukkan," menurutnya lagi.

mStar pada 17 Oktober tahun lalu melaporkan Asni berkongsi berita perkahwinannya dengan Mounir menerusi satu hantaran di Instagram.

Dalam perkongsian tersebut, Asni meluahkan rasa syukur apabila kembali bergelar isteri selepas mendirikan rumah tangga dengan lelaki berketurunan Palestin yang juga merupakan warga Amerika Syarikat itu.

Untuk rekod, Ustazah Asni sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Nasir Rustam Al Hafiz, namun perkahwinan itu berakhir dengan penceraian.

Hasil perkongsian hidup terdahulu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Yasmin Sofea, Muhammad Adam Shauqi, Mariam Hani, dan Muhammad Naufal Kholili.

Artikel Lain