DUA kugiran legenda tanah air, Slam dan Exists bakal kembali bergabung di atas satu pentas menerusi konsert berskala mega, Slam x Exists: The Greatest Hits yang dijadualkan berlangsung di Unifi Arena, Bukit Jalil pada 1 Mei 2027.Berbeza dengan penganjuran sebelum ini, edisi terbaharu ini menjanjikan persembahan luar biasa yang memfokuskan sepenuhnya kepada deretan lagu ikonik dan malar segar mereka. Pengasas SS Karya Entertainment merangkap pemain gitar Slam, Shah Nizam berkata, idea penganjuran konsert berkenaan tercetus hasil perbincangan bersama penganjur iaitu Icon Entertainment bagi mengubati kerinduan peminat terhadap karya-karya agung mereka.Anggota kumpulan Slam dan Exists bergabung lagi demi peminat.“Memang Slam dan Exists sudah pernah berkongsi pentas di Kuala Lumpur pada 2025, kemudian sekali di Singapura. Namun, selepas Icon Entertainment datang berbincang dan kami bertukar pandangan mengenai kerelevanan Exists serta Slam berada di atas satu pentas lagi, maka lahirlah Slam x Exists: The Greatest Hits.“Apa yang akan peminat dapat pada kali ini adalah untaian lagu-lagu hit, terunggul dan terbaik yang ada dalam katalog Slam mahupun Exists, bukannya lagu-lagu ‘side B’.“Dengan lokasi yang lebih besar iaitu Unifi Arena Kuala Lumpur, 'pelaburan' peminat akan lebih berbaloi dengan sistem bunyi dan visual juga,” katanya ketika sidang media konsert itu pada Khamis. ARTIKEL BERKAITAN: Slam buat konsert bukan untuk bersaing, mahu kekal relevan hargai sokongan peminatARTIKEL BERKAITAN: Exists dah level pakcik tapi jiwa sama Gen Z, bakal anjur ‘Konsert Memento Mori 2.0’ himpun semua generasiSementara itu, vokalis Exists iaitu Ezad Lazim menyifatkan konsert tersebut bukan sahaja memenuhi permintaan tinggi peminat setia, malah menjadi platform terbaik untuk mendekati pendengar generasi baharu yang mengenali karya mereka menerusi platform penstriman digital.“Selain mendapat permintaan tinggi dalam kalangan peminat, Slam x Exists: The Greatest Hits juga mahu menarik minat generasi baharu yang mula mengenali kami menerusi platform dan aplikasi muzik digital.“Peminat juga dapat menikmati karya-karya terunggul Slam dan Exists pada satu malam,” ujarnya.Dalam pada itu, pengasas Icon Entertainment, Iman Tang pula berpandangan pengaruh besar kedua-dua kumpulan di rantau Nusantara itu menjadi kekuatan utama konsert tersebut. Konsert Slam x Exists: The Greatest Hits bakal berlangsung 1 Mei tahun depan.“Slam dan Exists mempunyai pengaruh cukup besar dalam landskap muzik tempatan dan Nusantara. Siapa yang tidak tahu sekurang-kurangnya satu lagu Slam dan satu lagu Exists?“Walaupun sudah ada banyak konsert sebelum ini, saya percaya Slam x Exists: The Greatest Hits akan tetap dihadiri peminat bukan sekadar kerana nostalgia, tetapi karya mereka yang sudah melekat dalam hidup serta mahu didengar dan dilihat secara langsung berulang kali,” katanya.Ditanya mengenai pembabitan Mamat dalam konsert tersebut, Iman secara ringkas memaklumkan bahawa dia tidak akan terlibat. Untuk info, pada malam konsert itu nanti, penonton bakal dihiburkan dengan susunan muzik segar menerusi rangkaian lagu berhantu Slam seperti Gerimis Mengundang, Nur Kasih dan Kembali Terjalin.Exists pula bakal mendendangkan lagu-lagu popular termasuk Alasanmu, Langkah Seiringan, Julia dan Seperti Dulu.Bagi peminat yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan sejarah baharu ini, tiket konsert ditawarkan pada harga RM228 (Gerimis Mengundang), RM288 (Nur Kasih), RM368 (Mencari Alasan), RM388 (Kembali Terjalin), RM428 (Langkah Seiringan), RM488 (Seperti Dulu) dan RM5,000 (Icon Sofa).Jualan tiket akan mula dibuka pada Selasa, 1 Disember 2026 pukul 3 petang menerusi laman web rasmi di www.ticket2u.com.my/slamexists.