suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Akshay Kumar hanya kerja 8 jam sehari, ramai penerbit takut beri tawaran

Akshay ada alasan tersendiri hadkan waktu kerja.

PELAKON Bollywood, Akshay Kumar mendedahkan dia sering terlepas tawaran berlakon gara-gara prinsipnya yang tegas menetapkan tempoh masa bekerja.

Kata Akshay, 59, ramai penerbit keberatan untuk memenuhi tuntutan masa kerjanya selama lapan jam seperti yang ditetapkan.

Namun, di sebalik sikap tegas itu, pelakon ini juga memberitahu dia sentiasa memberi komitmen penuh apabila menjalani penggambaran.

Akshay tegas dalam menjaga masa bekerja. 

"Ramai tidak mahu mengambil saya berlakon. Banyak khabar angin mengatakan saya hanya bekerja selama lapan jam sehari.

"Tetapi mereka lupa, sepanjang lapan jam itu saya langsung tidak masuk ke bilik persalinan. Tugas kita adalah berada di hadapan kamera dan penonton mahu melihat kita kelihatan menarik, bukannya keletihan," ujarnya.

Disebabkan syarikat produksi berpengalaman tidak mahu bekerja dengannya, Akshay kini lebih terbuka untuk menerima tawaran daripada penerbit atau pengarah baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Akshay Kumar cari masa ‘me time’ bangun pukul 4 pagi, tenang isteri dan anak tidur 

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Akshay Kumar kena ganggu ketika main 'game' online, diminta hantar gambar bogel

Tambah pelakon ini, ketetapan masa tersebut dibuat agar dia dapat mengimbangi antara tugas di lokasi serta tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

"Saya memutuskan untuk bekerja selama lapan jam, tidur lapan jam, meluangkan dua jam untuk senaman dan memperuntukkan beberapa jam untuk keluarga," jelasnya.

Sementara itu, Akshay yang juga merupakan seorang penerbit sering mendapat pujian kerana berjaya menyiapkan sesebuah filem dalam tempoh singkat dan mengurangkan kos produksi.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain