suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penemuan lesung batu rungkai siasatan kes kematian... Rupanya isteri maut di tangan suami!

Individu yang meninggal dunia kerana kes jenayah lazimnya akan menjalani proses bedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematian. -Gambar hiasan

PERTENGKARAN suami isteri dipercayai berpunca daripada isu hutang berakhir dengan tragedi apabila seorang lelaki tergamak memukul isterinya menggunakan lesung batu sehingga maut.

Kejadian dilaporkan berlaku di rumah pasangan berkenaan di Kabupaten Sigi, Sulawesi Tengah, Indonesia.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Daerah Sigi, Inspektor Mas'ud Amara berkata, suspek yang berusia 27 tahun kemudian cuba mengaburi pihak berkuasa dengan mereka cerita kononnya mangsa meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik.

Menurut Mas'ud, kejadian pada pagi 16 Oktober lalu dipercayai bermula apabila pasangan terbabit bertengkar berhubung isu hutang-piutang sebelum mangsa mengeluarkan perkataan yang menggores perasaan suspek.

Suspek kemudian mengambil lesung batu dan memukul bahagian belakang telinga kiri mangsa, menyebabkannya terjatuh ke lantai dan mengalami sawan sebelum tidak sedarkan diri kira-kira 20 minit kemudian. 

Panik dengan situasi tersebut, suspek mengubah keadaan tempat kejadian dengan mewujudkan gambaran seolah-olah isterinya meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik.

"Perbuatan itu dipercayai dilakukan bagi menutup kejadian keganasan sebenar yang berlaku," kata Mas'ud pada Rabu. 

Kes berkenaan berjaya dibongkar selepas siasatan selama kira-kira sebulan itu menemukan beberapa bahan bukti, termasuk lesung yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.

Seramai tujuh saksi sudah dipanggil untuk memberi keterangan, selain suspek turut dibawa melakukan prosedur lakonan semula di lokasi.

Suspek didakwa mengikut Perkara 44 Ayat 3 Undang-Undang Nombor 23 Tahun 2004 berkaitan keganasan rumah tangga.

Jika sabit kesalahan, dia berdepan hukuman penjara maksimum 15 tahun atau denda sehingga 45 juta rupiah (kira-kira RM10,118). -Agensi

Artikel Lain