suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kaka Azraff tak tutup pintu hati selepas cerai kali kedua, akui kini ada ‘kawan istimewa’ – “Tunggu masa sesuai saya umumkan”

PENYANYI Kaka Azraff memberitahu dia kini dalam fasa sedang mengenali hati budi seorang jejaka baharu dalam hidupnya.

Bagaimanapun, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 37, belum bersedia untuk berkongsi berita gembira itu kepada umum dan menunggu waktu yang sesuai untuk mendedahkannya.

“Tahun 2026 ini banyak memberikan pengajaran kepada Kaka. Banyak perkara yang Kaka rasa membuka satu pintu kepada pintu yang lain. Kaka anggap itulah kehidupan sentiasa ada sesuatu yang akan membawa kita ke peringkat seterusnya.

“Sekarang masanya untuk Kaka fokus kepada diri sendiri, anak-anak, kerjaya dan juga masa depan, Kaka tidak menetapkan apa-apa kerana Kaka percaya dengan cinta, I believe in love because God is love.

“Saya terima sahaja ada atau tiada cinta, kawan tu memang ada tapi berserah saja kerana sekarang tempoh kenal-kenal dulu nanti ada waktu sesuai saya akan umumkan okay," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi